Tentang Kami
Pusat Jagaan Kanak – Kanak
Selamat datang ke Taska Cahaya Kasih (TCK)
TCK adalah sebuah taska yang beroperasi sejak tahun 2012 dan mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). TCK diasaskan oleh Almarhummmah Puan Zuwirah Ahmad dan disambung oleh anaknya, Syamila Aimi Yahaya. TCK memegang tiga prinsip utama iaitu keselamatan, kesihatan dan aktiviti yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak bawah 4 tahun. TCK menggunakan modul PERMATA sebagai asas rujukan. Pendidik di TCK juga diberikan latihan di bawah Kursus Asuhan Permata untuk mendidik dan memberi insnpirasi kepada anak-anak di TCK
Vision
Visi TCK adalah memastikan semua anak-anak di TCK membesar mengikut perkembangan umur selari dengan perkembangan PERMATA Malaysia
Mission
Menyediakan persekitaran yang selamat, makanan yang sihat dan aktiviti yang menyeronokkan setiap hari agar ibubapa dapat bekerja dengan hati yang tenang dan gembira.
Sertai Kami Sekarang Di Taska Cahaya Kasih
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi kami segera.